29 JAN 2014, RABU
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH
Pada 29 Januari 2014 bersamaan 26 Rabiul Awal 1435H,
Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Program Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat SK Taman Mutiara 2014. Program ini melibatkan semua murid Tahap Dua. Bertempat di Dewan Al-Farabi, SK Taman Mutiara bermula pukul 2.30 petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah qasidah dan burdah diselang-seli dengan tazkirah. Tazkirah tersebut disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Maahad Tahfiz Al-Munawwarah, Taman Hi-Tech, Ustaz Haji Rafidi bin Husin.



