MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015/ 1436


Tarikh : 21 JANUARI 2015
Tempat : SKTM















Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini 2015/1436 telah diadakan pada 21 Januari 2015. Objektif program ini adalah untuk mendidik para pelajar mengenali dan mencintai Rasulullah s.a.w dan mentarbiah para pelajar untuk beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w.

Aktiviti dimulakan seawal  jam 7.45 pagi dengan mengadakan bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Fuad bin Ahmad.

Selesai majlis bacaan Yassin dan doa, aktiviti diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Zaem Hilmi bin Hussin. Ceramah diserikan dengan alunan zikir-zikir dan puji-pujian ke atas baginda Rasullullah s.a.w.

Pada jam 9.00 pagi, acara diteruskan dengan selawat dan perarakan pelajar. Acara ini diadakan di padang sekolah. Acara ditamatkan dengan jamuan ringan di kantin.    

Semoga dengan terlaksananya majlis seperti ini akan menambahkan kecintaan kepada baginda Nabi dan seterusnya meningkatkan pengetahuan murid tentang sirah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.








No comments:

Post a Comment